Turun Berat Badan bersama Zarida Abu Bakar

Testimoni Herbalife : Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan #mohkuruspekan

Testimoni Herbalife : Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan mohkuruspekan bermula

Pernah anda dengar mengenai Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan ? Alhamdulillah , pertandingan ini telah dijalankan di sekitar Kuantan dan Pekan . Dan setelah beberapa musim pertandingan turun berat dan lemak badan dijalankan bersama - sama  , akhirnya pertandingan ini telah memulakan musim pertamanya sendiri khas untuk penduduk sekitar bandar Pekan sahaja . 

Program Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan ini dijalankan selama 21 hari dan ia menawarkan peserta - peserta menurunkan berat dan lemak badan melalui program Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan menggunkan produk Herbalife dengan hanya menukar sarapan pagi dengan shake Herbalife . Hasilnya selepas 21 hari setiap peserta akan mendapat testimoni Herbalife mereka sendiri seperti turun berat badan dan lemak dalam badan. 

Apa yang menarik mengenai Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan ini adalah , peserta - peserta ini akan dijanjikan dengan keputusan penurunan berat badan dan lemak badan kalau mereka serius dan disiplin dengan tujuan masing - masing . Mereka juga akan mendapat beberapa kelebihan yang diberikan oleh Jurulatih yang membimbing mereka seperti :

* Tips & Rahsia , ini akan diberikan mengikut gaya hidup masing - masing dan bersesuaian dengan situasi semasa anda . Barulah anda akan rasa program ini bersesuaian dengan diri , gaya hidup dan pemakanan anda .

* Personal & Group coaching , anda boleh bertanya apa sahaja persoalan mengenai pemakanan kepada Coach Herbalife anda untuk dibincangkan bersama peserta - peserta yang lain .

* Pelan Pemakanan Peribadi , pelan pemakanan ini akan diberikan kepada peserta mengikut keperluan kalori peserta dan yang lebih seimbang , jadi anda tidak perlu pening - pening memikirkan pemakanan yang sesuai untuk anda 

* Follow up & sesi motivasi, anda akan di berikan pemantauan disepanjang program cabaran ini berlangsung . Ia akan dilakukan pada sesi timbang susulan untuk membantu anda untuk terus disiplin , konsistan dan bersemangat didalam cabaran ini . 

* Hadiah lumayan berupa wang menanti anda , siapa yang tidak mahu dengan hanya turun berat dan lemak anda berpeluang untuk menang wang tunai sebagai ganjarannya . Hadiah yang lumayan ini adalah sebagai pemangkin semangat dan pengikhtirafan diatas usaha yang anda lakukan .

Berikut adalah testimoni Herbalife melalui cabaran turun berat badan dan lemak yang telah berlangsung 

Testimoni Herbalife : Cabaran Turun Berat dan Lemak Badan #mohkuruspekan



testimoni Herbalife : cabaran turun berat dan lemak badan #teamcoachzarida

Alhamdulillah , saya sangat berbangga dengan hasil testimoni Herbalife dari pasukan saya sendiri . Apa yang terhasil dari mereka merupakan langkah pertama didalam perjalanan mengubah gaya hidup mereka . Dan saya sangat yakin sebagai Coach Herbalife kepada pertandingan ini , mereka akan dapat meneruskan perjuangan untuk mencapai berat ideal yang mereka inginkan . 

Jadi apa yang anda tunggu lagi ? tidakkah anda juga serius dan inginkan hasil seperti mereka ini ? Sekiranya anda berhasrat untuk turun berat dan lemak badan  , apa kata anda sertai kami didalam cabaran ini . Mungkin selama ini anda merasakan anda kesorangan untuk berdiet dan akhirnya buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan anda . Saya sangat yakin dengan peluang untuk menyertai cabaran ini akan memberikan suntikan semangat baru kepada anda untuk mencapai hasil yang terbaik .

Jangan bertangguh lagi , anda mungkin pemenang untuk musim ini , saya sangat yakin , sebagai jurulatih anda akan mendapat hasil turun berat dan lemak badan sekiranya anda bersedia untuk menyahut cabaran dan melakukan perubahan .

Klik dibawah sekarang untuk anda menempah nama didalam Cabaran Turun Berat dan Lemak badan di musim akan datang






Aktiviti Herbalife : Bagaimana Nak Kurus dengan Bersenam di Pekan

Salam semua

Ketahui bagaimana nak kurus dengan bersenam di sekitar bandar Pekan 

Adakah anda berada di sekitar bandar Pekan atau Kuantan ? adakah anda seoarang yang rajin melakukan senaman dan ingin melakukannya dengan cara lebih seronok didalam suasana lebih ceria ? atau adakah anda yang ingin turun berat badan dan tercari - cari teman untuk melakukan senaman beramai - ramai ?

Adakah anda tertanya - tanya bolehkah kurus tanpa senaman ? ketahuinya disini 

Ya , semua persoalan ini terjawab kerana kami di Pekan kini melakukan aktiviti bagaimana nak kurus dengan bersenam beramai - ramai 3 kali seminggu selain daripada menjaga pemakanan . 

Tahukah anda dengan melakukan senaman ia dapat membantu badan membakar kalori dan lemak didalam badan . Dengan bersenam kita sebenarnya dapat membentik badan untuk jadi lebih menarik kerana senaman juga dapat mengekalkan dan membina otot badan malah membantu didalam kesihatan jantung . Tidak kira berapa lama anda melakukan senaman tersebut , ia tetap akan memberikan kesan yang baik kepada badan anda . 

Alhamdulillah setelah saya berjaya turun berat badan sebanyak 24kg dengan menggunakan diet Herbalife , saya telah berazam untuk melakukan sedikit senaman ringgan dengan sendiri di rumah , namun usaha saya ini tidak menampakkan kejayaan dan tidak kekal lama . 

Memang melakukan senaman secara sendirian dirumah adalah sesuatu yang sangat mencabar buat saya , malah saya dapat rasakan anda semua juga begitu .  Antara cabaran bagaimana nak kurus dengan bersenam sendirian di rumah adalah :



  • selalu ada alasan untuk cari masa yang sesuai untuk bersenam 
  • sering diganggu dan terbatas dengan kerenah anak - anak yang ingin melakukannya bersama - sama dan tidak cukup ruang / selesa 
  • Tidak mempunyai sokongan dari teman - teman yang mungkin mempunyai misi yang sama seperti saya untuk melakukannya dengan lebih baik , akhirnya bosan dan berhenti terus melakukannya . 
  • Tiada jurulatih yang boleh dilihat dan dirasai sendiri adakah apa yang dilakukan betul atau tidak betul . 


Jadi kepada yang betul - betul berdisiplin dan bersungguh - sungguh sahaja akan dapat melakukannya dengan sendirian di rumah jika mereka ingin turunkan berat badan . Jika anda ingin tahu bagaimana anda boleh kurus lebih berkesan dengan bersenam , pilihan yang tepat adalah dengan melakukannya secara berkumpulan atau beramai - ramai

Apa kata kali ini anda menyertai saya dengan aktiviti senaman Fit Hour yang diadakan di Padang Riverfront , Pekan pada setiap petang pada hari Isnin , Selasa dan Ahad . Anda akan bersama - sama kami secara berkumpulan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik bagaimana nak kurus daripada anda melakukannya secara bersendirian di rumah



Anda akan memperolehi

* jadual senaman yang ditetapkan yang akan membuatkan anda rasa bersalah jika anda tidak mengikutinya kerana ianya telah dirancang untuk membantu anda ;)

* akan ada ramai kawan dan kenalan baru yang mempunyai misi untuk mendapat kesan nak kurus yang sama seperti anda dan ianya akan menjadi lebih menyeronokkan .

* anda akan mendapat jurulatih yang boleh berkongsi tips senaman yang lebih baik mengikut postur badan dan juga tips pemakanan yang sesuai untuk anda memperolehi kesan yang lebih baik .

Jadi sekiranya anda seorang yang ingin menurunkan berat badan dengan melakukan senaman dan ingin mendapatkan hasil yang lebih baik anda boleh melakukannya di mana - mana pusat senaman berdekatan anda kerana anda berpeluang untuk memilih pelbagai jenis alat senaman yang anda sukai.

Tetapi jika anda adalah seorang yang inginkan aktiviti senaman yang sedikit berlainan, lebih santai dengan suasana yang terbuka dan menyeronokkan , anda sangat - sangat dialu - alukan untuk menyertai saya sebanyak 3 kali seminggu bersenam di Padang Riverfront Pekan .

Jangan tunggu lagi ! Anda dijemput untuk menyertainya beramai - ramai . Jom kita bersama-sama menarik minat lebih ramai orang lagi untuk melakukan senaman sebagai langkah untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan mengurangkan masalah obesiti di Pekan dan di seluruh Malaysia.

Hubungi saya sekarang sekiranya anda ingin turut serta dengan aktiviti Fit Hour ini !